Gangguan siaran ASTRO ketika hujan akan tetap berlaku memandangkan Malaysia berada betul-betul di garisan khatulistiwa.

Faktor utama adalah kerana KU-Band, walaupun tinggal di Jepun atau Korea, Jerman atau England mahupun Turki atau UAE. Bila time hujan aje, memang takde siaran.

 

Ini sebab teknologi gelombang KU-Band tidak dapat menembusi molekul-molekul air yang terkumpul di dalam awan yang sedang mendung berarak . Bila hujan mula turun dgn lebat, keadaan beransur pulih. Maka, ASTRO kembali bersiaran.

“Angin Takde, Ribut Pun Takde. Siaran Sekat-Sekat juga, Kadangkala Terus Takde Siaran”. Yang ini kes lain, jadi ubatnya pun lain.

 

Untuk tayar kereta, mesti ada allignment setiap 5,000km atau 3bulan (Which ever come first). Kalau gie kerja naik basikal, rantai basikal tue pun sekali-sekala perlu dilaraskan….. Wat adjustment. Sebab kejap-kejap tertanggal.

Ini kan piring astro dan “receiver” (mata) di piring tue, Bila daftar astro? Bila pula pasang astro? Langgan astro, ambil promosi yang mana? Dah berhujan berpanas dekat setahun. Entah-entah, dah 5 tahun. Tak perlu nak dilaraskan ke?

 

Kalau baru daftar astro semalam dan petang tadi dah pasang. Tapi tak sampai sehari langgan astro, siaran dah macam hari sedang hujan pulak. Call semula wakil pemasang “installer” yang pasangkan astro tue. Minta dia semak kerja pemasangan yg telah dibuat.

Pelanggan ada “waranty” jaminan pemasangan selama 6 bulan bermula daripada tarikh pemasangan. Kalau ada masalah dalam tempoh tersebut, pelarasan adalah “FREE”.

 

Sekarang Kongsi TIPS INI di Media Sosial korang utk pengetahuan bersama… Mana tahu, ada yg memang sedang stress sbb CD rosak.